Tuesday, August 3, 2010

Langkah-langkah Menangani Tekanan Kerja.

Manusia sering kali menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian. Tekanan yang dihadapi membuatkan sesuatu pekerjaan atau perkara yang hendak dilakukan menjadi tidak produktif dan efektif. Bagi mengatasi masalah ini, langkah yang berkesan perlu diambil untuk mengurangkan tekanan tersebut. Antaranya ialah:




1. Merancang Sesuatu Pekerjaan Dengan Baik.
- Bijak mengendalikan masa dengan lebih teratur.
- Memberi keutamaan dalam menyiapkan kerja yang lebih penting.

2. Mengamalkan Komunikasi Yang Berkesan Di Tempat Kerja.
- Amalkan sikap yang tegas.
- Lontarkan pendapat secara rasional dan sopan.

3. Pengamalan Gaya Hidup Yang Sihat.
- Luangkan masa untuk beribadah seperti solat serta berzikir.
- Tidur yang mencukupi
- Bersenam dan beriadah bersama teman dan ahli keluarga.

4. Menikmati Kehidupan Diluar Pekerjaan.
- Bijak menangani antara masalah peribadi dan kerja.
- Menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik-baiknya.



Nur Amira Fakis Binti Mohd Sobri.
No.Matrik: 204938

2 comments:

  1. saya berpuas hati dengan maklumat yang disampaikan kerana kita sedia mengetahui di luar sana ramai yang mengalami masalah tekanan di tempat kerja.dengan membaca maklumat ini, mungkin kita mampu untuk menangani stress dengan lebih baik.

    ReplyDelete
  2. blog yang sangat menarik....tetapi seeloknya jika di beri penerangan yang lebih rinci supaya dapat mengetahui dgn lebih jelas budaya kerja cemerlang...apapun,tahniah...sangat baik..

    ReplyDelete