Friday, August 6, 2010

Pengenalan:Konsep dan Keadaan Kerja.

Mengapa kita perlu bekerja? Adakah untuk memperoleh wang atau memenuhi masa semata-mata? Majoriti akan memberi maklum balas bahawa mereka mahukan gaji atau pendapatan berupa wang ringgit. Sebenarnya konsep kerja bukanlah semata-mata memperoleh pendapatan, tetapi melalui pekerjaan, individu dapat mengenalpasti potensi diri dari segi kekuatan, kelemahan serta beberapa keistimewaan yang tidak pernah disedari kewujudannya.



APA ITU C.E.M.E.R.L.A.N.G.?



C: CERIA ( Sentiasa positif, seronok, dan bermotivasi tinggi)

E: EHSAN (Bersungguh-sungguh mencapai tahap yang lebih baik)
 
M: MISI (Kerja bermatlamat dan jelas hala tuju)

E: ETIKA ( Berdisplin tinggi)

R: RASA SYUKUR (Saling menghargai kebaikan dan nikmat)

L: LAKUKAN PENINGKATAN (bersedia berubah dan meningkatkan ilmu serta kemahiran)

A: ATASI MASALAH (Proaktif mengkaji dan menyelesaikan masalah)

N: NILAI PERHUBUNGAN ( Membina dan menjaga hubungan harmonis)

G: GERAKAN BERSAMA ( Amalan kerja berpasukan)

rujukan: Adobe acrobat document professional and personal development programme Irshad HR Consulting.


Mohd Khirul Azwan Bin Mohd Kamal
No. Matrik: 204784

Tuesday, August 3, 2010

Tekanan Dalam Kerja

Setiap organisasi akan mengalami masalah terutamanya dalam pengurusan sumber manusia. Hal ini disebabkan oleh pelbagai spekulasi mengenai tatacara kerja yang berlainan dalam kalangan pekerja. Apabila hal ini berlaku, para pekerja akan mengalami tekanan dalam pengurusan kerja.



Definisi Tekanan Dalam Kerja: Merujuk kepada persepsi pekerja terhadap keperluan persekitaran yang mengjangkaui sumber yang ada pada pekerja.


FAKTOR-FAKTOR YANG MENDATANGKAN TEKANAN DALAM KERJA.


1. Jenis Pekerjaan.
- Suasana tempat kerja serta tempoh masa kerja yang terlalu panjang.

2. Perhubungan.
- Konflik yang dihadapi oleh para pekerja dan majikan.

3. Kerjaya.
- Kurang mendapat penghargaan kendiri.

4. Perubahan dalam organisasi.
- Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja.


Siti Fatimah Bt. Abdul Manas.
No.Matrik: 204766

Langkah-langkah Menangani Tekanan Kerja.

Manusia sering kali menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian. Tekanan yang dihadapi membuatkan sesuatu pekerjaan atau perkara yang hendak dilakukan menjadi tidak produktif dan efektif. Bagi mengatasi masalah ini, langkah yang berkesan perlu diambil untuk mengurangkan tekanan tersebut. Antaranya ialah:




1. Merancang Sesuatu Pekerjaan Dengan Baik.
- Bijak mengendalikan masa dengan lebih teratur.
- Memberi keutamaan dalam menyiapkan kerja yang lebih penting.

2. Mengamalkan Komunikasi Yang Berkesan Di Tempat Kerja.
- Amalkan sikap yang tegas.
- Lontarkan pendapat secara rasional dan sopan.

3. Pengamalan Gaya Hidup Yang Sihat.
- Luangkan masa untuk beribadah seperti solat serta berzikir.
- Tidur yang mencukupi
- Bersenam dan beriadah bersama teman dan ahli keluarga.

4. Menikmati Kehidupan Diluar Pekerjaan.
- Bijak menangani antara masalah peribadi dan kerja.
- Menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik-baiknya.



Nur Amira Fakis Binti Mohd Sobri.
No.Matrik: 204938

Sikap Bertangguh Penghalang Budaya Kerja Cemerlang.

Bertangguh bermakna kita dengan sengaja melambatkan atau tidak menyiapkan satu-satu kerja, aktiviti atau tugasan yang sememangnya penting atas alasan yang tidak penting. Apabila kita bertangguh, kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja semakin menimbun dan akibat daripada rasa tertekan ialah kemurungan serta emosi yang tidak menentu.


Faktor Yang Menjadi Penyebab Kerja Bertangguh:

1. Pengurusan yang lemah.
- Kelemahan dalam menguruskan masa, kendiri, sumber serta bidang tugas.

2. Takut
- Takut kepada kegagalan atau kejayaan.

3. Mahukan kesempurnaan.
- Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana mahukan kesempurnaan.

4. Masalah sikap.
- Bersikap sambil lewa, ambil mudah, dan tiada komitmen terhadap diri dan bidang tugas.

5. Masalah fizikal.
- Masalah kesihatan dan kekurangan tenaga mendorong sikap malas. Kesannya, kerja gagal disempurnakan.



Nor Hashimah Binti Zulkefli.
No.Matrik: 204939

Personaliti Pemangkin Budaya Kerja Cemerlang.

Personaliti amat berkait rapat dengan diri seseorang dalam mewujudkan budaya kerja cemerlang. Personaliti seseorang pekerja amat penting dalam sesebuah organisasi kerana hal ini memberi perspektif awal organisasi lain terhadap organisasi tersebut. Baik buruk sesuatu organisasi bergantung kepada pekerjanya. Antara personaliti yang perlu dimiliki oleh para pekerja ialah:



1. Perwatakan kemas.
- Melibatkan perwatakan fizikal dan mental.
- Fizikal: Berpakaian kemas, pertuturan dan cara pergaulan seorang pekerja.
- Mental: Berfikiran positif, kreatif serta efisien.

2. Selalu melemparkan senyuman.
- Personaliti mereka yang mudah tersenyum dapat mewujudkan suasana kerja yang indah dan selesa.
- Meningkatkan keyakinan diri pekerja.

3. Semangat Kekitaan.
- Sikap bantu-membantu dan pengamalan prinsip saling memberi dan menerima.
- Pemupukan semangat kekitaan supaya perasaan hasad dengki, tamak, dan fitnah dapat dielakkan.



Mohamad Hafizan Maula Hairul Salleh
No.Matrik:204881

Komunikasi Yang Berkesan.

Memiliki komunikasi yang berkesan merupakan salah satu asas untuk menjadi seorang pekerja yang cemerlang. Berkomunikasi dengan berkesan adalah lebih rumit dan memerlukan beberapa prosedur tertentu supaya mesej sampai ke penerimanya dengan jelas dan teratur. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang pekerja, kita perlu menarik minat orang lain untuk mendengar setiap perkara yang hendak disampaikan.


1. Pastikan masa dan tempat yang bersesuaian.
- Setiap matlamat yang yang akan disampaikan akan mudah tercapai apabila mesej yang hendak
disampaikan kena pada masa dan tempatnya.

2. Nyatakan fakta sahaja.
- Setiap pekerja harus mengelakkan diri daripada mengeruhkan suasana dengan menokok tambah fakta
ketika perbincangan.

3. Perkukuhkan mesej dengan bukti-bukti tertentu.
- Para pekerja perlu memperkatakan sesuatu mesej berdasarkan fakta daripada sumber yang sahih.

4. Mengemaskini perancangan anda.
- Setiap pekerja perlu menyelesaikan tugasan yang dipertanggungjawabkan dalam masa yang begitu
singkat. Lantaran itu, suatu tindakan adalah lebih penting daripada perbincangan yang panjang lebar.



Muhammad Husaini Bin.Abu Hassan
No.Matrik: 204729

Strategi Untuk Berjaya Dalam Kerjaya.

1. BERKEYAKINAN TINGGI.
- Mampu melakukan sesuatu tugasan walaupun diarahkan secara mengejut.
- Memberikan idea-idea bernas.
- Mengumpulkan kekuatan minda.

2. BERINTERAKSI DENGAN RAKAN SEKERJA.
- Bermesra dengan rakan sekerja membolehkan kita bertukar-tukar pendapat. Secara tidak langsung dapat menambahkan pengetahuan.
- Berkongsi masalah dengan rakan sekerja terutamanya dalam bidang tugas. Hal ini dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja.

3. MEMILIH KEUTAMAAN DALAM KERJA.
- Membuat sesuatu tugasan di saat akhir akan menghasilkan tugasan yang tidak sempurna.
- Perhatian yang sepenuhnya harus diberikan supaya hasil kerja menepati objektif yang ditentukan.

4. MENETAPKAN SESUATU SASARAN DALAM BEKERJA.
- Objektif tugas perlulah jelas supaya kerja yang dihasilkan tidak sia-sia.
- Contohnya ialah kenaikan pangkat serta kenaikan gaji.

5. MENGUMPULKAN FAKTA.
- Mencari fakta pada sumber yang sahih.
- Mencari fakta berdasarkan maklumat dalam lingkungan bidang tugas.





Azri Norfikri
No.Matrik: 204716

Kesimpulan.

Konklusinya, budaya kerja cemerlang perlu dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira sama ada bekerja dalam sesebuah organisasi yang besar, koperasi awam, atau menjalankan perniagaan keluarga, ataupun pekerjaan yang berkaitan secara interpersonal. Contohnya, para pekerja perlulah datang ke tempat kerja pada waktu yang telah ditetapkan, amanah dalam tugas, mengamalkan nilai-nilai murni serta menjalankan tugasan dengan sebaik mungkin seperti sabda baginda Rasullah s.a.w "Bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati keesokan hari".Sehubungan dengan itu, para pekerja perlulah melakukan anjakan paradigma dalam menerapkan "budaya kerja cemerlang" dalam diri mereka agar produktiviti organisasi dapat ditingkatkan selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan modal insan kelas pertama.






Yovan Dennis
No.Matrik: 193241

Sumber Rujukan

1.Jason R.Rich, your career coach yourself to success, Learning Express,LLC, New York.

2.. Noraini Ahmad, Siri motivasi dan kecemerlangan utusan, Utusan Publications & Distributors Bhd, terbitan pertama 2003.

3. www.scribd.com/doc/2525582/budaya-kerja-cemerlang

4. www.irshad.com.my/.../3-Budaya%20Kerja%20Cemerlang%204-5%20Nov%202009.pdf

5. www.docstoc.com/docs/24631567/Budaya-kerja-cemerlang. :-)