Personaliti amat berkait rapat dengan diri seseorang dalam mewujudkan budaya kerja cemerlang. Personaliti seseorang pekerja amat penting dalam sesebuah organisasi kerana hal ini memberi perspektif awal organisasi lain terhadap organisasi tersebut. Baik buruk sesuatu organisasi bergantung kepada pekerjanya. Antara personaliti yang perlu dimiliki oleh para pekerja ialah:
1. Perwatakan kemas.
- Melibatkan perwatakan fizikal dan mental.
- Fizikal: Berpakaian kemas, pertuturan dan cara pergaulan seorang pekerja.
- Mental: Berfikiran positif, kreatif serta efisien.
2. Selalu melemparkan senyuman.
- Personaliti mereka yang mudah tersenyum dapat mewujudkan suasana kerja yang indah dan selesa.
- Meningkatkan keyakinan diri pekerja.
3. Semangat Kekitaan.
- Sikap bantu-membantu dan pengamalan prinsip saling memberi dan menerima.
- Pemupukan semangat kekitaan supaya perasaan hasad dengki, tamak, dan fitnah dapat dielakkan.
Mohamad Hafizan Maula Hairul Salleh
No.Matrik:204881
sangat menarik mengenai maklumat ini kerana maklumat ini dapat digunakan untuk membantu para pekerja di luar sana terutamanya pegawai-pegawai supaya sentiasa dalam keadaan kemas.
ReplyDelete