Tuesday, August 3, 2010

Sikap Bertangguh Penghalang Budaya Kerja Cemerlang.

Bertangguh bermakna kita dengan sengaja melambatkan atau tidak menyiapkan satu-satu kerja, aktiviti atau tugasan yang sememangnya penting atas alasan yang tidak penting. Apabila kita bertangguh, kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja semakin menimbun dan akibat daripada rasa tertekan ialah kemurungan serta emosi yang tidak menentu.


Faktor Yang Menjadi Penyebab Kerja Bertangguh:

1. Pengurusan yang lemah.
- Kelemahan dalam menguruskan masa, kendiri, sumber serta bidang tugas.

2. Takut
- Takut kepada kegagalan atau kejayaan.

3. Mahukan kesempurnaan.
- Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana mahukan kesempurnaan.

4. Masalah sikap.
- Bersikap sambil lewa, ambil mudah, dan tiada komitmen terhadap diri dan bidang tugas.

5. Masalah fizikal.
- Masalah kesihatan dan kekurangan tenaga mendorong sikap malas. Kesannya, kerja gagal disempurnakan.



Nor Hashimah Binti Zulkefli.
No.Matrik: 204939

1 comment:

  1. budaya kerja cemerlang yang dibincangkan di blog ini, dapat memberi gambaran bagaimana sikap-sikap yang perlu diterapkan dalam urusan kerjaya... teruskan usaha....

    ReplyDelete